Thursday, January 22, 2009

Kemalangan Jan 2009

BH 2009/1/22

KEADAAN rumah yang dirempuh bas persiaran mengakibatkan warga emas cedera di Kampung Alor Senjaya, Titi Gajah.

ANGGOTA polis memeriksa keadaan bas persiaran yang terbabas dari laluan sebenar lalu merempuh sebuah rumah di Batu 15, Titi Gajah Alor Star, pagi tadi. Bas yang dalam perjalanan dari Kepala Batas - Alor Setar merempuh sebuah rumah dan menyebabkan kecederaan kepada warga emas Aishah Ahmad, 82, yang sedang berehat di bilik yang dirempuh bas itu. (Gambar kecil) Fauzi Ismail, 52, memerhati rumah keluarganya yang rosak selepas dilanggar bas persiaran itu. - Foto Bernama
Jan 21, 2009 4:46 pm


Support for Palestine

BH 2009/1/11

RAPIDPENANG mengecat bas dengan memaparkan mesej kesengsaraan dan maklumat kutipan derma 'Tabung NSTP Untuk Gaza' di Georgetown


Monday, December 01, 2008

Kemalangan Bas Dec 2008




NSTP,1/12/2008, KUALA KRAI: Four employees of the Kelantan State Library Corporation were killed when their multi-purpose vehicle collided with an express bus at Km107 Jalan Kota Baru-Gua Musang yesterday.

Assistant librarian Anidah Mohamad, 55, driver Wan Mustafa Wan Mohamad, Nik Farah Shanih Nik Baihasan, 35, and Munirah Mohamad, 44, all died at the scene of the 4.20pm incident.

Kelantan police chief Datuk Abdul Rahim Hanafi said the victims, who were from Kota Baru and Pasir, were returning to Kota Baru after attending a meeting in Kuala Lumpur.

"It is believed that their vehicle skidded into the opposite lane and crashed into the bus which was on its way from Kota Baru to Kuala Lumpur.

"All the victims were pinned to their seats." None of the 36 people onboard the bus were injured.
Rahim said the bodies of the victims were taken to the Kuala Krai Hospital for post-mortem. He said police had detained the driver of the bus and his assistant for questioning.

Thursday, September 07, 2006

Perkhidmatan yang ditawarkan

Sempadan daerah negeri Kelantan


Negeri Kelantan di bahgikan kepada 10 daerah pertadbiran yang di tadbir oleh Pegawai Daerah (District Officer) yang dilantik oleh kerajaan negeri dengan perkenan dari kebawah DYMM al Sultan Negeri Kelantan Darul Naim.

Laluan² Bas Henti² SKMK


SKMK mempunyai 29 laluan utama untuk perjalanan bas henti² dalam negeri. Laluan ini melibatkan kesemua daerah dalam nergeri kelan yang menyambungkan jaringan bandar² utama dan bandar² di seluruh negeri Kelantan. SKMK mempunyai 255 buah bas untuk operasi bas dalam negeri dengan mengendalikan 47,000 trip sebulan.

Wednesday, September 06, 2006

SKMK sepintas lalu


Sejarah Penubuhan Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK)

Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) ditubuhkan pada 24 Februari 1947 dan dikenali sebagai North Eastern Transport Service Limited (NETS).

Semasa ditubuhkan, syarikat ini mempunyai 27 buah bas kecil yang mampu membawa 10 orang penumpang sahaja yang dinamakan ‘Mosqiuto Bus’ dan pengusahanya terdiri daripada orang-orang Melayu dan Cina.

Dari Tahun 1947 hingga 1957, syarikat tidak dapat berkembang dengan sempurna dan cergas kerana pada masa itu keadaan jalanraya tidak begitu sempurna bagi menghubungi diantara satu daerah dengan satu daerah yang lain. Disamping itu syarikat juga menghadapi masalah pengurusan Kewangan.

Oleh kerana syarikat ini menghadapi masalah dalam menjalankan operasi dan masalah kewangan yang serius, maka pada tahun 1957 RIDA (sekarang dikenali sebagai MARA) telah menghulurkan bantuan. Dengan bantuan kewangan yang diberikan dan juga penanaman modal dalam syarikat ini, secara tidak langsung MARA telah mula mengambil alih pentadbiran syarikat ini.

Pada tahun 1967, nama NETS telah ditukar kepada Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) yang memcerminkan identiti dan semangat baru demi kejayaan syarikat.

Hari ini, SKMK telah berkembang dengan pesat sehingga mempunyai lebih 300 buah bas.

Kegiatan SKMK

Kegiatan utama syarikat ini ialah memberi perhidmatan pengangkutan bas kepada orang ramai. Kini SKMK telah menjalankan operasi di 44 laluan di seluruh negeri Kelantan, 12 laluan Perkhidmatan Ekspres untuk luar negeri Kelantan. SKMK menyediakan perkhidmatan bas henti-henti dan juga bas cepat untuk operasi dalam negeri. Laluan bas cepat dalam negeri Kelantan adalah:
Kota Bharu - Rantau Panjang
Kota Bharu - Jertih
Kota Bharu - Tanah Merah
Kota Bharu - Kuala Krai
Selain itu, SKMK juga menyediakan perkhidmatan bas kilang.

SKMK juga telah menyediakan beberapa stesen di seluruh negeri Kelantan bagi memudahkan iaitu di Kota Bharu, Langgar Pasir Puteh, Tumpat, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Bachok.

Selain itu, SKMK telah menyediakan beberapa buah stesen kecil di beberapa daerah selain daripada bengkel utama di Kubang Kerian, iaitu di Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Tumpat.

Kini SKMK merupakan anak syarikat sebuah badan koporat Nadicorp Holdings Sdn Bhd selepas Mara Holding Sdn Bhd di swastakan sepenuhnya berkuatkuasa pada 6 jun 2000.